TESTIMONIAL


Sumber: ilham cerdik .com

1) Nama anak : Siti Maryam bt. Mohd. Zairi – 4 tahun & Puteri Nur Aisyah bt. Mohd. Zairi – 6 tahun

Kali pertama Maryam dan Aisyah diberi susu ilham, mereka berdua amat menyukai hinggakan minta dibuat lagi. Kekerapan minum susu ini dua kali ganda daripada susu biasa.

Sebelum ini anak-anak saya mengalami selsema dan kahak yang berpanjangan hingga menyukarkan mereka bernafas dan tidur dengan lena. Dengan izin Allah SWT, setelah mengambil susu ilham, Maryam dan Aisyah telah menunjukkan kesihatan yang lebih baik. Alhamdulillah, tiada lagi kahak dan selsema yang selama ini menyebabkan mereka agak sukar bernafas dalam keadaan selesa. Kini anak-anak saya kelihatan sihat, ceria, cerdas dan aktif.

Khasiat hebat yang dirumus dalam susu Ilham serta penggunaan ayat-ayat suci Al-Quran dan selawat Nabi dalam pemprosessannya amat menyakinkan saya untuk terus mengambil susu ini sebagai minuman harian.
Bukan sahaja anak-anak yang minum susu ini, suami juga mengambilnya setiap pagi sarapan dan sebelum tidur. Saya tidak menyangka sama sekali, suami sekarang tidak berdengkur. Kini susu Ilham menjadi pilihan seisi keluarga

- Puan Ema Hashim, Shah Alam


2) Nama Anak : Intan Nur ‘Insyirah Mohd. Nakha’e – 2 tahun 5 bulan

Intan Nur ‘Insyirah, merupakan fully breast-feed baby selama 2 tahun. Sebaik usia mencecah 2 tahun, saya mula mencari susu formula yang bersesuaian sebagai susu gantian kepada susu ibu. Namun, ‘Insyirah sukar menerima susu tersebut. Pelbagai jenis susu telah dicuba tetapi ia tidak dapat menarik perhatian dan memenuhi citarasa ‘Insyirah.

Setelah diperkenalkan dengan susu Ilham, ‘Insyirah terus berminat dan gemarkan rasanya yang manis semulajadi. Apa yang lebih menggembirakan saya ialah sejak minum susu Ilham ini, ‘Insyirah semakin bijak dan petah bercakap disampinglebih mudah menerima pembelajaran baru, cekap berfikir dan mendengar kata. 

Dengan izin Allah disamping kandungan yang halal dan mengikut sunnah, susu ini telah memberi kesan yang positif kepada ‘Insyirah untuk proses perkembangan dan pembesarannya.

Semoga pengalaman ini dapat dikongsi dan dirasai oleh ibu-ibu lain yang mementingkan pemakanan mereka. Yang baik itu dari Allah.

- En. Mohd. Nakha’e Hashim, Puchong



3) Nama Anak : Nurul Syifa’ Khairul Amree – 2 tahun 3 bulan & Nurnaily Mar’iyah Khairul Amree – 9 bulan

Syifa’ adalah seorang anak yang boleh dikategorikan sebagai lambat bercakap jika dibandingkan dengan abang dan adiknya. Sehingga sekarang dia hanya boleh bercakap hanya3-4 patah perkataan saja, tetapi itupun tidak jelas. Kini Syifa’ telah hampir habis kotak kedua susu Ilham. Beberapa perubahan positif yang telah saya kenalpasti ialah pertama, Syifa’ semakin rajin bercakap walaupun bahasanya masih tidak difahami tp keyakinan beliau ingin bercakap memang ketara, dan mudah mengikut ritma lagu dan didengarnya. Kedua, semakin kurang masalah kembung perutnya, kerana sebelum ini beliau memang ada masalah sembelit. Ketiga, selera makannya semakin bertambah. Sebelum ini, Syifa’ hanya ingin menyusu saja dan beberapa perkara lain seperti lebih ceria, pandai mengadu akan ketidakselesaannya, kurang menangis, faham apa yang disuruh dan mudah tidur malam.

Bagi adiknya pula, juga hampir habis kotak kedua susu ini. Perubahan ketara ialah alahan kulitnya semakin baik, perutnya tidak kembung dan tidak meragam bila waktu tidur malamnya, juga rajin bercakap (bahasa baby la) dan mengikut isyarat-isyarat orang. Perubahan lain seperti bangun tidur ceria, kerana selalunya menangis, dan nampak lebih yakin untuk berdiri.

Jun 2011 – Dan paling best perubahan pada antibodi kedua-dua anak sy. Antibodi mereka untuk melawan jangkitan selsema dan batuk semakin bertambah. Badan mereka semakin kuat termasuk la abangnya juga. Saya amat bersyukur kepada Allah kerana perubahan ini amat melegakan saya, kerana semenjak setahun lepas, bertukar-tukar yang masuk hospital sampaikan suami hampir ‘give up’ dengan keadaan ini. Syifa’ pula ada asthma, jadi apabila dia selsema terlalu mudah untuk dia kena asthma attack dan berjangkit kepada adik dan abangnya. Sekarang ni dengan ikhtiar ILHAM, Alhamdulillah.. semenjak minum 2 bulan lepas, sorang pon anak saya tak ke hospital… walaupun untuk ambil ubat. Sihat semuanya.. :D

6hb Ogos 2011 – Perubahan ketara dari segi selera makan. Nurul Syifa’ mula minum ILHAM pada beratnya 8.5kg (mmg dr baby beratnya susah naik sbb takde selera makan mungkin dek kerana berbagai masalah kesihatan – tak pasti). Beliau lahir dengan berat 3.0kg. Maknanya berat hanya naik 5.5kg dalam masa 2 thn 3 bulan? Sekarang, setelah hampir 4 bulan minum ILHAM beratnya yang terkini hampir 12kg. Wah! Alhamdulillah.. suka sy tengok anak berisi, sihat, ceria dan bijak. Nur Naily pula beratnya sekarang adalah 8.6kg. Ya, seperti berat kakaknya 4 bulan lepas.. ;)

Alhamdulillah, saya amat bersyukur ke hadrat Illahi diatas perubahan positif anak-anak saya. Sememangnya semua diatas keizinanNya, menemukan saya dengan susu Ilham. Yakin dengan Allah, kerana hanya Dia tempat kita mengadu senang dan susah, Insyaallah.

- Puan Siti Noor Zaizie Razak, (kini Pengedar), Subang Jaya


4) Nama Anak : Irfan Ajmain B. Amirdduin

Saya adalah salah seorang pengedar susu ilham. Saya juga ingin berkongsi dgn ibu bapa lain yg masih lagi belum mencuba susu ini utk si manja mereka. Apa yg ingin saya kongsukan ialah susu ini memang elok utk anak anda yg mengalami masalah sembelit. Anak saya sebelum ini mengalami masalah susah utk buang air besar. Setelah seminggu najisnya berketul-ketul.

Selepas menjadi pengedar saya mencuba susu ini kepada anak saya. Alhamdulillah setelah diberikan susu ilham masalah sembelit anak saya telah hilang. Saya juga ingin mengambil kesempatan disini untuk mempromote sesiapa di kawasan bangsar n cheras jika ingin mendapatkan susu ini sila dapatkan dr saya..Lin 012 6408417.

- Puan Rosalinda Md Rashid, Pengedar Bangsar


5) Nama Anak : Muhammad Firas Addin bin Mohd Khairul Anuar

Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t dengan ramuan yang dikirimkan Allah melalui hambanya yg terpilih untuk menghasilkan susu ilham susu kedua terbaik selepas susu ibu.Alhamdulillah dengan mengamalkan susu ilham, anak saya semakin pintar dan bijak belajar, dan mudah memahami dan menerima pembelajaran baru. Dulunya sering terkena demam, batok dan selsema tapi alhamdulillah selepas mengamalkan minum susu ilham setiap hari antobodi semakin kuat. Tiada lagi demam,batok dan selesema.Saya juga mengamalkan susu ilham untuk kesihatan seharian..dan menjadi dealer utk negeri pulau pinang.

Feedback positif dan sangat berpuashati daripada semua pelanggan di Pulau Pinang antaranya yang alah pada susu lembu tiada masalah dengan susu ilham, batok dapat dkurangkan selepas minum susu ilham, tiada masalah sembelit, anak yang lembap dlm pelajaran semakin cerdas.

Alhamdulillah semuanya kerana izin Allah s.w.t dan doa juga keikhlasan ibubapa yang ingin terbaik untuk anak2.

Hubungi saya unuk tempahan di Negeri Pulau Pinang di talian Shara : 019-5089493
- Puan Siti Shara Yaakob, Pengedar Pulau Pinang


6) Nama Anak : Nur Asmilda Bt Mohd Azmi – 2 tahun 6 bulan

Anak saya adalah seorang mengidap penyakit asthma dari umur 9 bulan lagi.setiap bulan saya akan berulang-alik dari hospital banting untuk mendapatkan rawatan gas untuk anak saya.sampai satu tahap pump gas asthma yang di bekal kan dari rumah tidak dapat jugak membantu,terpaksa juga ke hospital.saya sebagai ibu berusaha untuk mencari penawar untuk menghilangkan asthma, tapi orang kata asthma nie memang tidak boleh di ubati. Alhamdullilah semenjak sepupu saya memperkenalkan susu ilham nie pada saya, saya terus membeli nya tanpa mengira harga. Bagi saya kesihatan anak adalah penting. saya terus mencuba dan hasilnya sudah nampak, sekarang saya tidak lagi membawa anak pergi ke hospital untuk mengambil gas.anak saya juga bukan saja sihat tetapi cergas dan bertenaga.

Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih pada sepupu saya yang sekarang pengedar susu ilham di saekar Enterprise yang memperkenalkan produk susu ilham ini.saya bersyukur juga pada Allah s.w.t, kerana di atas keizinanNya.

- Puan Siti Rohaizan Bt Mansor, Agen ILHAMcerdik Banting & Telok Panglima Garang.

8 comments:

  1. nama anak : Adam Harith Mohamad Nur Asri - 1 Tahun

    anak sya mnyusu badan sepenuhnya... dh pelbgai jnis ssu y sy cuba, mahal murah smuanya ada.. tp anak sy ttp reject... shggalah sy dperknalkan dgn ssu ilham.. alhamdulilah anak sy amat mnyukai ssu ilham...dan sy xperlu rsau lg.. time sy bkeja...

    ReplyDelete
  2. salam..sy nk tny..sy merupakan ibu kpd cahaya mata berusia 3bln++ dan alhamdulillah masih menyusukan anak secara exclusive..soalannye boleh ke saya minum susu ilham untuk mendapatkan khasiat2 yang ade untuk disalurkan kepada bayi yang disusukan? sekian terima kasih.

    ReplyDelete
  3. salam...saya nak tanya,blh tak bayi bawah 6 bulan minum susu ni????saya berminat sangat nak mencuba..

    ReplyDelete
  4. Adakah kandungan gula tinggi dalam susu ILHAM kerana menurut rakan yang pernah mencuba susu ILHAM, susu diurungi semut dan terdapat butiran hablur yang kering pada tepi-tepi mulut anak beliau. Mohon pencerahan. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada jawapan tak utk soalan ni..saya berminat jugak untuk tahu

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  5. Assalamualaikum..
    Saya nak bertanya susu ilham ni ade yang jenis free lactose ke?
    sebab anak saya tidak boleh minum susu yang ade gula tambahan ni..

    ReplyDelete