SOAL JAWAB


Soalan 1.

Kalau untuk ibu menyusu, susu manakah yang patut di ambil dan adakah susu ini juga sesuai untuk para bapa?

Untuk dewasa boleh pilih mana-mana yang sukai. Kerana semuanya boleh diminum. Semuanya ada khasiat tersendiri dan diminum oleh ibunya secara terus. Tetapi untuk anak-anak di beri secara terus kami galakkan ikut umur dan sukatan yang telah disyorkan kerana imunisasi anak-anak tidak sama dengan orang dewasa.
Susu ini amat sesuai khasiat untuk seisi keluarga kerana jika kita hayati betul-betul, badam, kismis dan kurma hanya dimakan semasa bulan puasa sahaja. Jika diamalkan setiap hari dengan terapi 30 juzuk Al-Quran, Insyaallah pasti memberi banyak kelebihan dari aspek rohani dan jasmani. Layari website kami untuk mendapatkan maklumat tentang khasiat badam, kismis dan kurma.



Soalan 2.

Adakah susu Ilham berasaskan susu lembu atau susu soya?

Susu ini berasaskan susu lembu yang di import dari New Zealand. Untuk pengetahuan, susu lembu yang terbaik didunia adalah dari negara New Zealand dan kami gunakan 100% susu dan bukannya perasa susu.


Soalan 3.

Dalam susu Ilham, bolehkah dicampur kismis dengan kurma? Tidak memabukkan?

Susu boleh di campur dengan kurma dan kismis. Alhamdulillah tiada masalah dan ianya banyak memberi kebaikan. Produk susu kami memang tidak akan memabukkan sebab ianya hanya susu biasa.


Soalan 4.

Adakah produk susu ilham ni mempunyai sijil dari Kementerian Kesihatan Malaysia?

Produk kami adalah dibawah produk makanan dan pihak kami telah mendapat kelulusan daripada makmal bahagian makakan @ GMP (Good Manufacturing Practices) yang diiktiraf oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Malaysia (BPFK), Kementerian Kesihatan Malaysia. Semua kelulusan makmal kami pamerkan label pada tepi kotak bahagian fakta nutrisi. Syarikat kami juga tiada masalah dari segi kesihatan kerana makanan yang terkandung di dalam susu ini adalah badam, kurma, kismis, gingko biloba dan maca. Dimana semua bahan-bahan tersebut amat baik dan berkhasiat sama ada terhadap kanak-kanak mahupun orang dewasa. Insyaallah, semua makanan sunnah tidak akan mendatangkan mudarat malah memberikan banyak khasiat.

Sebagai ibubapa, kita seharusnya mengajar anak-anak makan makanan sunnah ini bermula diusia kecil, pasti banyak perkara yang positif kita dapat lihat semasa pembesarannya. Insyaallah.

Soalan 5.

Bagaimanakah caranya terapi Al-quran ini dilakukan keatas semua produk ilham ini.

Cara prosesnya, sebelum susu dibawa ke kilang, 10 orang ustaz tahfiz kelulusan dari Subra, Mesir akan melakukan terapi Al-Quran 30 juzuk itu, dimana setiap orang ustaz akan menggunakan tinta saffaron di atas piring putih dan di bahagi-bahagikan juzuk kepada setiap orang dengan masa yang diambil 1 bulan 1/2 – 2 bulan untuk disiapkan. Semasa proses ini jalankan, ustaz-ustaz ini akan membaca dan menulis. Selepas siap akan di masukkan sekali bersama-sama susu untuk dicampurkan bersama badam, kurma, kismis, gingko biloba dan maca.


Soalan 6.

Adakah ada bacaan dibaca sepanjang masa selama produk dibuat atau hanya menggunakan rakaman sahaja?

Semasa di dalam kilang, akan dibuat bacaaan surah-surah terpilih seperti surah Luqman, Maryam, Ibrahim secara live. Sebelum pekerja memulakan kerja semua akan diwajibkan mengambil wuduk terlebih dahulu dan akan dibacakan doa terlebih dahulu sebelum pekerja-pekerja memulakan kerja. Semasa proses susu sedang dijalankan akan dipasang rakaman bacaan ayat-ayat Al-Quran, ini untuk kita dapatkan qualiti produk dari segi rohani dan jasmani akan terhasil apabila pengguna menggunakan produk kami kerana sudah terhasil yakin bersih & suci dan barokah. Untuk pengetahuan, semua pekerja kami adalah muslim.


Soalan 7.

Bagaimanakah untuk memastikan susu ini tidak dilangkah memandangkan ianya perlu melalui proses yang banyak dari segi pembuatan, pembungkusan dan penghantaran pasti memerlukan tenaga yang ramai?
Semasa didalam kilang semua pekerja sudah maklum akan produk ini dan dari segi pengantaran dari kilang ke pejabat kami dilakukan oleh pekerja-pekerja kami sendiri. Kami juga membuat beberapa langkah untuk menjaga kualiti produk dari permulaan sehingga dihantar sampai ke pelanggan dimana kami akan melekatkan stiker supaya “Jangan Dilangkah” produk kami untuk memberitahu kpd pihak courier.

Alhamdulillah sehingga hari ini ramai pelanggan kami berpuas hati dengan hasil dan mereka dapat lihat perkembangan anak-anak yang positif dan lebih-lebih lagi seisi keluarga kerana ramai yg menegur perubahan anak-anak dan orang yang meminumnya.


Soalan 8.

Kenapa tidak digantikan susu lembu dengan susu kambing,  sedangkan ia lebih kepada sunnah,  berakali dan sukar basi berbanding susu lembu.
Untuk pengetahuan, asalnya pihak kami sememang ingin menggunakan susu kambing, walaupun sudah sedia maklum, susu kambing adalah susu terbaik selepas susu ibu tetapi tuan pergi mana-mana kedai atau supermarket, susu lembu masih menjadi pilihan ramai. Sebab itu pihak kami keluarkan susu lembu kerana mahu bersaing dengan produk bukan Islam dan menyedarkan masyarakat Islam bahawa ada satu sahaja susu orang islam kita keluarkan mengikut syariah dalam pemprosesnya dan di jamin halal 100% dan satu sebab lagi ialah susu kambing sangat mahal dan sukar untuk di perolehi di sini dan pasaran tidak mencukupi.



Soalan 9.

Adakah susu ini dapat membantu anak-anak yang kerap sembelit?
Untuk pengetahuan puan, susu Ilham ini amat sesuai di beri kepada anak-anak yg ada masalah sembelit kerana fungsi kurma, kismis dan badam tadi yang dapat melawaskan dan merawat usus kanak-kanak serta baik untuk kulit dan rambut dan otak. Pihak kami telah banyak menerima respon yg baik dr pengguna dan pihak klinik-klinik juga telah banyak mengetahui kebaikan susu ini selain 100% bumiputera, 100% muslim, halal dan ada barokah.


Soalan 10.

Adakah susu ini boleh diminum bagi bayi dibawah setahun?
Susu ini boleh di minum oleh bayi selepas berumur 6 bulan keatas iaitu bayi sudah boleh makan nestum atau bubur. Kami terikat dengan undang-undang Kementerian Kesihatan bahawa susu dibawah 1 tahun tidak boleh di iklankan. Oleh sebab itu, kami terpaksa letakkan 1-3 thn. Pada awalnya kami telah letakkan 6 bulan keatas.


Soalan 11.

Adakah susu Ilham dijual di dalam pek yang kecil kerana kebanyakan anak kecil susah untuk tukar susu?
Setakat ini kami belum ada pek yang kecil, cuma ada kotak biasa 650gm dengan harga RM48.90. Dan alhamdulillah juga, anak-anak yang tak berminat dengan susu atau yang tak minum susu telah mencuba Ilham dan  berminat dengan Ilham.  Banyak perbezaan yang ada pada susu kami ini terutama bahan-bahan campuran dari makanan terbaik. Antara yang paling memberi kesan banyak adalah terapi Al-Quran yang sedia ada dalam susu kami. Dalam hal ini terpulang pada puan, tapi saranan kami puan cuba dulu dan tengok peneriman anak puan, mudahan ada perbezaan dan jangan lupa selawat 3x semasa bancuhan susu sebelum di beri pd anak puan.


Soalan 12.

Bolehkah harga susu ini dikurangkan lagi? Kerana harga susu ini seperti lebih mahal dari produk susu lain yang diimport.
Utk pengetahuan puan, harga susu ini sudah di kira murah sebab kami gunakan susu asli bersama bahan-bahan mahal dan terbaik iaitu badam, kurma, kismis(1-3thn), untuk 4-7 tambahan ginko biloba dan maca dengan perisa asli coklat dan vanilla yang mana kami masih kekalkan harga yang sama. Oleh sebab itu, semua peringkat boleh minum dari umur 6 bulan sehingga dewasa dan orang tua. jika kami gunakan perasa susu harganya boleh murah lagi tetapi kami tidak berniat ingin menipu orang dan mendapatkan keuntungan yang tinggi. Susu yang di import yang murah semuanya menggunakan perasa susu. Contoh perasa dan asli ialah…. jika fresh oren gunakan 4-5 biji oren hanya dpt 1 cawan sahaja harganya mahal tetapi jika cordial perisa oren hanya sedikit sudah boleh buat oren bergelen-gelen air.


Soalan 13.

Dimanakah letaknya kilang yang memproses susu ini? Adakah susu ini dalam bentuk cecair atau serbuk dan sesuaikah dengan orang dewasa juga?

Kilang memproses susu kami terletak di Kuala Kangsar, Perak. Susu ilham ini dalam bentuk serbuk (Powder). Ia boleh di minum oleh  semua peringkat dari umur 6 bulan keatas sehingga dewasa dan orang tua. Khasiatnya sangat terbukti dengan mengambil kira sebagai makanan sunnah dan sangat sesuai di amalkan dari peringkat anak-anak sehingga dewasa dan orang tua.


Soalan 14.

Boleh terangkan tentang background syarikat?

Syarikat kami adalah 100% bumiputra dan 100% diuruskan oleh muslim. Ini kerana kami memenuhi kriteria syarat-syarat untuk mendapatkan sijil IMP, iaitu mesti 100% org Islam daripada pemilik syarikat sehinggalah pekerja mesti 100% orang Muslim. Semoga perniagaan dan hasil sumbangan kita akan dapat keberkatan. Insyaallah.


Soalan 15.

Bolehkah susu ilham digantikan dengan susu soya (alahan susu lembu)?

Kami tidak boleh memastikan sama ada ia sesuai atau tidak. Ada juga pelanggan yang mempunyai masalah seperti ini, anaknya sudah mula minum susu Ilham walaupun anaknya dulu alahan susu lembu.


Soalan 16.

Anak saya sejak lahir sehigga berumur 2 tahun tidak minum susu sebab menghadapi ezema, anak saya hanya minum isomil tanpa laktosa. Saya memang bercadang untuk menukar produk susu anak saya. Adakah susu ilham ini sesuai untuk anak-anak yang ada penyakit ezema?

Susu kami susu lembu. Kami tidak pasti ia sesuai atau tidak pada anak puan, jika puan ingin mencuba, cuba dulu 1 kotak kerana ada pengguna yang lain ada masalah sama macam puan tetapi apabila anaknya mencuba susu ilham, Alhamdulillah tidak mengalami sebarang masalah. Itulah kelebihan AlQuran, susu atau bahan-bahan yang ada.

Insyaallah kita hanya berikhtiar hanya Tuhan yang Maha Mengetahui.


Soalan 17.

Saya rasa harga jualan tuan terlalu mahal.

Insyaallah jika mencuba dan merasai kebaikan susu ini tentunya akan merasakan berbaloi. Susu yang kami gunakan adalah susu sebenar dan semua bahan badam, kismis, kurma, terapi Alquran menelan kos yang mahal tetapi pihak kami masih meletakkan harga dibawah RM50. Untuk makluman puan, makanan yang di campur dengan badam, sangat mahal. Contoh coklat price mesti mahal. Kami telah mencampurkan semua bahan tersebut dan ada susu yang di jual di luar dan hanya menggunakan bahan susu semata-mata juga dijual dengan harga lebih mahal.


Soalan 18.

Dimanakah supermarket yang ada menjual susu ilham ini?

Susu ini belum ada di supermaket tetapi kami dalam proses untuk masuk di semua supermarket dan hypermarket. Insyaallah. Terkini, pasaraya Mydin sudah mula memasarkan produk kami.



Soalan 19.

Kenapa susu ILHAM ni disyorkan penyusuan 3 kali sehari sahaja? Ada side effect tak kalau diambil lebih dari 3 kali?

Yang itu adalah yg disyorkan sahaja tapi sebenarnya kalau untuk anak2 bolehminum seperti biasa ikut kehendak mereka, side effect dia tak da.. evenada few customer yg anaknya minum selang 3 jam.


Soalan 20.

Boleh tak dicampurkan susu ILHAM ni dengan susu biasa semasa membancuh?

Dicampurkan dgn susu lain kami tidak galakkan



Soalan 21.

Boleh tak diselang seli penyusuan susu ILHAM dengan susu biasa?

Kalau diselang selikan boleh ini bagi yang bermula nak minumsusu ilham atau yang nak budget. Tapi kalau seboleh2nya minum secara berterusan untuk tengok perkembangan yg lebih sihat dan positif.


Soalan 22.

Boleh kah bayi berumur 6 bulan minum ILHAM?

Bayi yang berumur seawal 6 bulan boleh minum ILHAM, tetapi syaratnya anak Puan MESTI sudah makan solid food seperti nestum, bubur, biskut atau lain2 dan sy sarankan hendaklah anak Puan serasi dengan pemakanan sebegitu dahulu.. sebelum diberi ILHAM.

Sumber : www.ilhamcerdik . com

7 comments:

  1. bayi saya berusia 3 bulan, saya memberikannya susu badan dan juga susu formula...susu formula yang saya beri sekarang ni kurang serasi dengan bayi saya kerana dia kerap sembelit..bolehkah saya memberikan bayi saya susu ini walupun usianya baru 3 bulan..

    ReplyDelete
  2. adakah susu ilham sesual untuk bayi yang kerap/mudah kembung?

    ReplyDelete
  3. Anak saya dh mula minum susu ilham ni semasa berumur 8bulan..alhamdulillah dia sgt bijak dan jarang diserang demam selsema dan batuk..belum setahun lg dah bijak bercakap dn faham apa yg org lain ckp...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,
    Nak tanya, Puan ada produk UHT ? Anak saya yang duduk kat asrama, saya selalu supply susu. UHT, senang dan cepat....saya yakin ia nya baik jugek untuk pelajar...Jazakallah....

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum..sy nak tny,knape pada kotak susu ilham x de di tulis susu ni diterapikn dgn 30 juz AlQUr'an?

    ReplyDelete
  6. Dear sir/madam

    May i have nutrient content for ilham milks range from 1 year above until kid? i need it for work up my patient's dietary plan. hope can get your reply soon.
    amaljamae@gmail.com
    thanks

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum wbt.. Bayi saya berusia 5 bln dan masih belum diperkenalkan dengan solid food. Bayi saya mengidap G6PD Def. Adakah susu ILHAM ini sesuai untuk bayi yang G6PD?

    ReplyDelete