MACA


 

Apa itu MACA?


MACA adalah sejenis ubi yang tumbuh pada 12,500-14,00 kaki dari aras laut di atas Banjaran Gunung Andes Plateaux, Peru. Maca telah ditemui oleh seorang doktor wanita, iaitu Dr. Chacon. 

Maca adalah satu-satunya tumbuhan yang boleh hidup pada ketinggian tersebut berikutan keadaan suhu yang terlampau : terlalu panas pada waktu siang dan terlalu sejuk pada waktu malam. Tanah tempat tumbuhnya Maca mempunyai kandungan garam galian yang tinggi menjadikan tumbuhan Maca kaya dengan khasiat nutrisi, keperluan asid amino dan asid lemak penting.



Tumbuhan Maca ini tergolong dalam spesis kentang. Warna kulitnya seakan-akan sama seperti kentang, tetapi bentuknya seperti lobak besar. Maca mempunyai rasa manis. Di Peru, Maca digunakan dalam pelbagai cara : mentah, dibakar atau dikeringkan. Masyarakat Peru membuat biskut, tart, emping dan minuman menggunakan Maca. Di Eropah dan Amerika Utara, Maca lebih dikenali dalam bentuk kering, kapsul atau gelatin. Akar Maca boleh dikeringkan dan diproses, dimana ia boleh disimpan selama beberapa tahun lamanya.



Adakah MACA Sejenis Ubat?
Maca bukan sejenis ubat. Maca merupakan makanan bernutrisi yang berkhasiat tinggi dengan ciri-ciri perubatan. Masyarakat populasi tempatan telah menggunakan tumbuhan ini sejak beribu tahun. Sehingga ke hari ini, masyarakat Peru menggunakan Maca sebagai sumber tenaga sepertimana negara-negara lain di Amerika Utara, Amerika Selatan dan Eropah. Maca lebih dikenali sebagai “Peruvian Viagra” atau “Peruvian Ginseng” kerana ia membantu meransang libido (tenaga seksual) lelaki dan wanita. Walaubagaimanapun Maca mempunyai banyak khasiat lainnya. Maca merupakan 100% produk semulajadi yang tidak mempuyai kesan sampingan negatif.

Nilai Nutrisi Di Dalam MACA


Carbohydrate : 59% Lipids : 2%
Proteins : 14% Minerals, Vitamins & Others : 16%
Fiber : 9%


Maca meningkatkan tahap tenaga, stamina, minda yang jelas dan merangsang keseimbangan hormon. Akar Maca kaya dengan asid amino, karbohidrat kompleks, vitamin B1,B2,B12, C dan E serta mineral termasuk kalsium, fosforus, zink, magnesium dan zat besi.
  • membekal tenaga, meremajakan dan membantu mengatasi masalah insomnia.
  • Disyorkan juga sekiranya diet tidak seimbang, mempercepatkan tempoh pemulihan, mengatasi kelemahan minda, daya ingatan dan kelesuan.
  • Ia juga berfungsi untuk melancarkan pengaliran air kencing.
  • penyakit paru-paru. Ia juga digunakan untuk masalah paru-paru kerana ia dianggap sebagai tumbuhan dengan pelbagai manfaat.
Sumber : http://www.macaplaza. com,  http://bioherbs. com.my & ilham cerdik. com

No comments:

Post a Comment