SUSU ILHAM 4 + TAHUN


Susu Ilham 4+ Tahun (600gram)


Susu Ilham 4-7 Tahun mempunyai 2 perasa iaitu Vanila & Coklat

Semua Produk Ilham dihasilkan dengan rumusan seimbang dan disyorkan sebagai pemakanan sampingan untuk memenuhi keperluan pemakanan harian si manja.

Susu Ilham juga mengandungi Terapi Al-Quran dan tidak boleh dilangkah.


Nilai Tambah:

Gingko Biloba:
Gingko Biloba merupakan spesis tumbuhan yang paling lama hidupnya. Satu pohon pokok dapat hidup sehingga 1000 tahun dan dapat tumbuh setinggi 120 kaki. Komponen utama yang terkandung di dalam Gingko yang dikenalpasti  memiliki manfaat kesihatan iaitu: Flavonoids dan Terpenoid. Flavonoids mengandungi kesan antioksiden dan Terpenoid membantu memperbaiki pengaliran darah.





Maca:
Pergunungan Andes menawarkan Maca sebagai sumber bahan asli yang terbaik dan merupakan tumbuhan yang mempunyai daya tahan yang tinggi, dapat hidup pada kondisi yang ekstrim di mana cuaca dingin, angin kencang dan udara yang tipis.

Penanaman Maca tidak memerlukan bahan kimia atau organic untuk sumber pembesarannya. Ianya juga tidak memerlukan racun kawalan serangga karena tidak ada seekor serangga yang dapat hidup pada ketinggian 14.000 kaki.

Oleh yang demikian, ia digelar Ginseng Andean. Secara amnya, Maca boleh mengatasi kehausan dan kehabisan tenaga yang diakibatkan oleh gaya hidup moden yang sibuk, kekurangan khasiat serta persekitaran sosial dan kebersihan yang tidak memuaskan. Maca telah digunakan oleh kaum asli di Peru selama berabad-abad lamanya untuk mengaktifkan dan mencergaskan semula tenaga secara semulajadi.


Badam:
Badam merupakan kacang istimewa yang menjadi makanan sampingan yang biasanya dimasukkan ke dalam coklat bagi meningkatkan kesedapan dan nilainya. Badam telah digunakan atau dimakan oleh masyarakat di Timur Tengah, Iran, Afghanistan, Pakistan & India, beribu tahun dahulu bagi tujuan meransang minda dan meningkatkan daya ingatan bagi tujuan penghafalan al-Quran, Hadist dan pelbagai ilmu.

Sebagai contoh penyelidikan yang telah dibuat, hampir semua kanak-kanak, remaja, orang dewasa serta warga emas yang menghafal al-Quran, Hadist dan pelbagai ilmu di sekitar Pakistan & India, mereka telah mengambilnya sebagai salah satu sumber makanan tambahan bagi tujuan meningkatkan daya ingatan bagi tujuan hafalan dan menjaga ingatan. Penyelidikan ini termasuk juga ahli akedemik & golongan professional di sana, kerana mereka sudah menjadikan pengambilan tersebut sebagai amalan harian.

Pakistan dan India telah banyak melahirkan para saintis, pakar perubatan dan para juga alim ulamak yang pakar di dalam ilmu al-Quran & Hadis yang layak diberi gelaran Sheikul Hadist sehingga diberi kemuliaan oleh ALLAH untuk mereka mengajar di Mekah dan Medinah. Sudah menjadi kebiasaan di Pakistan dan India sekiranya kita terjumpa pakar-pakar perubatan, saintis, pakar teknologi maklumat, pakar jurutera serta golongan professional yang menghafal a-Quran & Hadist.

Menurut pakar-pakar pemakanan, badam merupakan sumber makanan untuk kesihatan kerana khasiatnya yang pelbagai. Badam mengandungi 20 kali lebih banyak protein jika dibandingkan dengan bijirin lain. Kandungan lemak dan kabohidratnya tinggi dan ianya mengandungi sumber gula yang tinggi.

Menurut kajian kandungan vitamin B dalam badam mengatasi kandungan vitamin di dalam telur. Kandungan kalsium juga mengatasi kandungan khasiat susu dan dan kandungan fosforusnya melebihi kandungan fosforus di dalam keju. Kanak-kanak juga amat sesuai memakan badam kerana khasiatnya dapat membantu pembesaran mereka, selain membina tulang dan gigi. Sementara kepada orang dewasa pula ia dapat membantu menyihatkan jantung mereka.


Kurma:
Kurma adalah sejenis tumbuhan yang dikenali dalam bahasa saintifik Phonex Dactylifera. Kurma mengandungi lebih 50% glukosa dan ianya dapat diserap oleh badan dan mampu memberi tenaga yang segera dan konsisten kepada kanak-kanak. Kurma juga mengandungi serat, amat baik untuk mencegah sembelit dan memudahkan pembuangan air besar.

No comments:

Post a Comment